Monday 14 November 2011

Kebebasan Mutlak Media Baru Akan Membawa Bencana Kepada Keamanan Sosial

Jika di lihat dari sudut kebebasan media di Malaysia tidaklah sekuat kebebasan media di luar negara.  Malah keterbukaan pengamal media di malaysia masih lagi mempunyai sekatan-sekatan yang tertentu. Melalui penggunaan media baru ia merupakan satu medium komunikasi menerusi teknologi digital seperti internet, website, computer games, CD-ROMS dan DVDs. Kemunculan media baru ini membolehkan informasi disalurkan kepada umum dengan cepat, padat dan terkini. Tetapi, penggunaan media baru ini boleh menjejaskan imej dan keamanan sosial tanpa kita sedari.

Kebebasan penggunaan media baru oleh masyarakat malaysia telah meluas tahun demi tahun.  Malah penggunaan media baru oleh masyarakat di malaysia kini telah menimbulkan pelbagai ancaman negetif sehingga tercetusnya kes jenayah. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membentangkan langkah terbaru untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi laman siber tetapi telah menerima bantahan keras daripada golongan yang mendokong kebebasan media.  Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) Ha'ta Wahari
mengulas lanjut tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di laman siber itu.

Sehubungan itu, NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan internet termasuk laman berita, blog dan facebook. 

Apa yang berlaku di laman sesawang hari ini sudah cukup memberikan kita satu gambaran betapa buruknya jika kebebasan dan keterbukaan media yang tidak dikawal.  Apabila isu-isu sensitif di sentuh secara terbuka dan beremosi, ia meninggalkan kesan yang buruk. 

Artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2011, mengenai isu-isu sosial masyarakat malaysia kini di dedahkan melalui media cetak dan sumber maklumat ini diperolehi melalui laman sosial menerusi facebook yang menjadikan laman sosial ini sebagai salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan berita.

Lihat sahaja isu yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia ini jelas terbukti bahawa dengan kemuncalan media baru seperti internet boleh membawa bencana kepada keamanan sosial.  Inilah bukti yang menunjukkan keamanan sosial masyarakat malaysia kini mudah di gangu gugat.  



Inilah bukti media baru (laman sosial) yang digunakan untuk mereka berhubung dan berinteraksi aktiviti yang mereka lakukan antara satu sama lain.


Bertamadunkah masyarakat kita kini yang menjadikan seks songsang sebagai budaya yang mereka inginkan.  Jika perkara sebegini berlanjutan, maka rosaklah budaya dan agama yang kita pegang teguh selama ini. Maka kebebasan media dan keterbukaan tanpa batasan bukan sesuatu yang baik untuk pembinaan negara dan pembentukan masyarakat. Malah ia akan lebih banyak menghancurkan.  

"Kita sering tidak menyedari bahawa di hujung komputer sebelah sana terdapat manusia yang memegang keyboard". kata Pakar internet Onno. W. Purbo.  Sayangnya manusia tetap manusia mereka bukan malaikat.  Manusia ada yang baik, tetapi juga tidak kurang banyak yang mempunyai hati dan niat yang tidak baik. Jadi tidak hairanlah, jika banyak terjadi kes yang bermula di internet. ia bermual dari masalah pornografi (berbentuk foto atau video) kekerasan, perjudian, penipuan. bahkan boleh mengakibatkan tercemarnya nama baik seseorang individu.

Lihat sahaja bloggers terkenal uncle seekers yang tidak segan silu menggunakan laman blog peribadinya sebagai tempat beliau menyiarkan foto yang amat menggairahkan, kenyataan yang belum tentu kesahihannya, malah melalui penulisan blog beliau maka tersebar isu mengenai pendedahan yang sangat mengaibkan sekaligus mencemarkan nama baik Permaisuri Aishah.

Salah satu isi kandungan yang terdapat di blog uncle seekers

Kebebasan penulisan yang melampau

Kebenaran yang dianggap bermaruah
Menyebut tentang kebebasan mutlak media baru, kita sebagai pengguna media baru tidak perlu terlalu taksud dan ghairah untuk menyalurkan maklumat yang tidak sepatutnya sebaliknya bersama-sama mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.

No comments:

Post a Comment