Monday 14 November 2011

Kebebasan Mutlak Media Baru Akan Membawa Bencana Kepada Keamanan Sosial

Jika di lihat dari sudut kebebasan media di Malaysia tidaklah sekuat kebebasan media di luar negara.  Malah keterbukaan pengamal media di malaysia masih lagi mempunyai sekatan-sekatan yang tertentu. Melalui penggunaan media baru ia merupakan satu medium komunikasi menerusi teknologi digital seperti internet, website, computer games, CD-ROMS dan DVDs. Kemunculan media baru ini membolehkan informasi disalurkan kepada umum dengan cepat, padat dan terkini. Tetapi, penggunaan media baru ini boleh menjejaskan imej dan keamanan sosial tanpa kita sedari.

Kebebasan penggunaan media baru oleh masyarakat malaysia telah meluas tahun demi tahun.  Malah penggunaan media baru oleh masyarakat di malaysia kini telah menimbulkan pelbagai ancaman negetif sehingga tercetusnya kes jenayah. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membentangkan langkah terbaru untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi laman siber tetapi telah menerima bantahan keras daripada golongan yang mendokong kebebasan media.  Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) Ha'ta Wahari
mengulas lanjut tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di laman siber itu.

Sehubungan itu, NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan internet termasuk laman berita, blog dan facebook. 

Apa yang berlaku di laman sesawang hari ini sudah cukup memberikan kita satu gambaran betapa buruknya jika kebebasan dan keterbukaan media yang tidak dikawal.  Apabila isu-isu sensitif di sentuh secara terbuka dan beremosi, ia meninggalkan kesan yang buruk. 

Artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 5 November 2011, mengenai isu-isu sosial masyarakat malaysia kini di dedahkan melalui media cetak dan sumber maklumat ini diperolehi melalui laman sosial menerusi facebook yang menjadikan laman sosial ini sebagai salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan berita.

Lihat sahaja isu yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia ini jelas terbukti bahawa dengan kemuncalan media baru seperti internet boleh membawa bencana kepada keamanan sosial.  Inilah bukti yang menunjukkan keamanan sosial masyarakat malaysia kini mudah di gangu gugat.  



Inilah bukti media baru (laman sosial) yang digunakan untuk mereka berhubung dan berinteraksi aktiviti yang mereka lakukan antara satu sama lain.


Bertamadunkah masyarakat kita kini yang menjadikan seks songsang sebagai budaya yang mereka inginkan.  Jika perkara sebegini berlanjutan, maka rosaklah budaya dan agama yang kita pegang teguh selama ini. Maka kebebasan media dan keterbukaan tanpa batasan bukan sesuatu yang baik untuk pembinaan negara dan pembentukan masyarakat. Malah ia akan lebih banyak menghancurkan.  

"Kita sering tidak menyedari bahawa di hujung komputer sebelah sana terdapat manusia yang memegang keyboard". kata Pakar internet Onno. W. Purbo.  Sayangnya manusia tetap manusia mereka bukan malaikat.  Manusia ada yang baik, tetapi juga tidak kurang banyak yang mempunyai hati dan niat yang tidak baik. Jadi tidak hairanlah, jika banyak terjadi kes yang bermula di internet. ia bermual dari masalah pornografi (berbentuk foto atau video) kekerasan, perjudian, penipuan. bahkan boleh mengakibatkan tercemarnya nama baik seseorang individu.

Lihat sahaja bloggers terkenal uncle seekers yang tidak segan silu menggunakan laman blog peribadinya sebagai tempat beliau menyiarkan foto yang amat menggairahkan, kenyataan yang belum tentu kesahihannya, malah melalui penulisan blog beliau maka tersebar isu mengenai pendedahan yang sangat mengaibkan sekaligus mencemarkan nama baik Permaisuri Aishah.

Salah satu isi kandungan yang terdapat di blog uncle seekers

Kebebasan penulisan yang melampau

Kebenaran yang dianggap bermaruah
Menyebut tentang kebebasan mutlak media baru, kita sebagai pengguna media baru tidak perlu terlalu taksud dan ghairah untuk menyalurkan maklumat yang tidak sepatutnya sebaliknya bersama-sama mempertahankan keharmonian dan kestabilan negara.

Saturday 29 October 2011

Sudut Pandang Mengenai Kesan Kebiadaban Di Dunia Siber

Internet merupakan satu medium yang memberi impak yang besar kepada penggunanya. Statistik penggunaan internet oleh rakyat malaysia diperoleh dari world databank menunjukkan peningkatan penggunaan internet yang mendadak pada setiap tahun di kalangan rakyat malaysia ini semakin meningkat dan meluas.  Hal ini pastinya menunjukkan peningkatan terhadap kebebasan pengguna internet untuk menjadikan medium ini sebagai pilihan terbaik mereka untuk melontarkan sebarang idea atau kritikan tanpa ada sekatan dan halangan dari pihak lain.

Berikut statistik pertumbuhan penggunaan internet oleh rakyat malaysia dari tahun 2000- 2010


YEARUsersPopulation% Pen.Usage Source
20003,700,00024,645,60015.0 %ITU
200510,040,00026,500,69937.9 %C.I.Almanac
200611,016,00028,294,12038.9 %ITU
200713,528,20028,294,12047.8 %MCMC
200815,868,00025,274,13362.8 %MCMC
200916,902,60025,715,81965.7 %ITU
201016,902,60026,160,25664.6 %ITU
Merujuk artikel Dr.Rahmat Ghazali dalam Utusan Melayu bertarikh 18/4/2010, "kebebasan siber atau internet daripada penapisan pihak berkuasa telah diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan diulang melalui Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia. Ia juga mengangkat falsafah murni demokrasi. Tetapi  malangnya ia juga membina tanggapan bahawa pengguna internet bebas menulis apa sahaja termasuk caci-cerca dan sumpah seranah", katanya.

Pada perspektif saya, artikel yang dikeluarkan oleh beliau begitu lengkap kandungannya yang menyatakan   kesan kebiadaban di dunia siber ini boleh membawa kepada kesan yang negetif bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada agama bangsa dan negara sekiranya pengguna internet tidak memahami etika dalam menggunakan teknologi.

Hal sebegini tidak perlu di pandang enteng lagi oleh pihak berkuasa berikutan semakin hari semakin ligat pengguna siber memuntahkan cacian dan sumpah seranah tanpa ada rasa malu dan bersalah. Di mana letaknya nilai seorang manusia jika "Nabi Muhmmad" juga dijadikan bahan caci dan di keji oleh orang-orang yang tidak bertanggugjawab malah ada pula pihak yang mengambil kesempatan menerbitkan buku untuk mengeji Allah s.w.t dan Nabi Muhammad.


                                   BENARKAH BUKU INI DI BAWA MASUK KE MALAYSIA?



Pengisian buku ini penuh dengan menghina dan memfitnah ajaran islam


Lihatlah betapa biadapnya orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan cacian mereka terhadap agama islam dengan hanya menggunakan internet sebagai alat untuk memecah belahkan umat islam di seluruh dunia tambahan pula dikuatkan lagi dengan penghasilan buku-buku sebegitu. 

Tidak hairanlah jika pemerintah negara kita di limpahkan dengan pelbagai sumpah seranah, fitnah memfitnah oleh golongan yang tidak beretika dimana ia sekaligus membawa kesan yang negetif terhadap seseorang individu itu sendiri.  Lihat sahaja  pemilik blog Pencacai Semalaysia yang secara telusnya membenci parti kerajaan dengan mengeluarkan kata-kata fitnah yang tidak pasti akan kebenarannya.  Ini dibuktikan lagi apabila remaja yang baru berusia 14tahun dengan beraninya mencaci dan menyumpah seorang insan yang telah meninggal dunia dengan menggunakan kata-kata yang kesat untuk menunjukkan perasaan amarahnya kepada si mati.    




 Adakah generasi ini yang kita mahu lahirkan untuk mentadbir dan mencorakkan hala tuju negara kita?  Fikir-fikirkanlah....

Dengan jelas pula Allah berfirman dalam surah Al-Bakarah ayat 46: patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah.  Tidakkah kamu berakal?  Ayat ini jelas menunjukkan bahawa manusia diberi akal dan fikiran untuk berbuat baik kepada sesama manusia dan janganlah mencaci atau menabur fitnah untuk kepentingan diri sendiri malah ia hanya mendedahkan kebodohan pada diri sendiri.  Oleh itu, gunakanlah kemudahan teknologi yang ada untuk menimba ilmu yang bermanfaat bukan hanya bercakap atau menulis omongan kosong, caci maci, atau memfitnah untuk disajikan kepada orang lain.  


Friday 28 October 2011

The word for today...~LOL~

LOL????seriously i do not know what it means
do i look stupid or out of date????whatever....haha
sorry friend, i pretend that i really2 know that word LOL
So, i tried searching information about that word...haha got it!!!!

Love it or loathe it, ''LOL" is now a legitimate word in our lexicon, says Graeme Diamond, the OED's principal editor for new words. The word is common, widespread, and people understand it, he said.

The word served a real purpose and it conveys tone in text, something that even the most cynical critics accept.
"But the truth is, we do need emotional signifies in social networking like facebook etc. and email just as conversation has laughter.  "LOL" might make me look like a twit, but at least you know when i'm being arch.

From now on i know its meaning...LOT OF LAUGH...gotcha..
and i'll become a loyal word of LOL~ haha..



Sunday 23 October 2011

so...=)) lah....

"Every time you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing"~